SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 166 MODUL PENAMATAN PERKHIDMATAN VERSI : 2.0 - DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DA PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 37 Pentadbir telah menghantar dokumen persaraan wajib / pilihan bakal pesara menggunakan HRMIS 6 bulan sebelum bersara wajib / pilihan. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya bakal pesara telah meninggal dunia sebelum tarikh bersara wajib / pilihan? Proses persaraan Penamatan Wajib / Pilihan telah ditetapkan supaya hanya ada satu transaksi permohonan sahaja bagi seorang Pemilik Kompetensi. Sekiranya berlaku kematian sebelum tarikh bersara, Pentadbir Penamatan Perkhidmatan Agensi perlu merujuk kepada JPA dengan menghantar maklumat lengkap gemulah untuk membatalkan transaksi yang sedia ada bagi membolehkan proses Pencen Terbitan dibuat. 38 Adakah bakal pesara diputuskan sandangannya secara automatik daripada HRMIS selepas maklumat pencen berjaya dihantar ke POWER? Tidak. Secara dasarnya, HRMIS tidak memutus sandang bakal pesara kerana beliau masih lagi berkhidmat dalam Kerajaan. Tarikh sandangan CO akan ditamatkan secara automatik mengikut tarikh persaraan yang telah dipilih dalam maklumat proses persaraan setelah rekod persaraan Pemilik Kompetensi berjaya dihantar ke POWER. 39 Saya tidak menjumpai Nama Bank Islamik semasa pengemaskini maklumat akaun dalam proses Penamatan Perkhidmatan. Berikut merupakan senarai bank yang boleh digunakan bagi urusan pembayaran pencen. i. Bank Muamalat (M) Berhad ii. Malayan Banking Berhad (Maybank) iii. Bank Simpanan Nasional iv. Affin Bank Berhad v. CIMB Bank Berhad vi. Bank Islam Malaysia Berhad vii. Public Bank Berhad viii. Alliance Bank Berhad ix. RHB Bank Berhad x. HSBC Bank Malaysia Berhad xi. Bank Kerjasama Rakyat (Malaysia) Berhad xii. Hong Leong Bank Berhad

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy