SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 165 MODUL PENAMATAN PERKHIDMATAN VERSI : 2.0 - DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DA PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 33 Mengapa dokumen persaraan wajib / pilihan yang telah dihantar menggunakan aplikasi HRMIS tidak boleh memohon semula penamatan perkhidmatan dalam Sistem HRMIS sekiranya bakal pesara telah meninggal dunia sebelum tarikh bersara wajib / pilihan? Proses persaraan Penamatan Wajib / Pilihan telah ditetapkan supaya hanya ada satu transaksi permohonan sahaja bagi seorang Pemilik Kompetensi. Sekiranya berlaku kematian sebelum tarikh bersara, Pentadbir Penamatan perlu merujuk kepada JPA untuk membatalkan transaksi yang sedia ada bagi membolehkan proses Pencen Terbitan dibuat. Bagi tujuan pembatalan transaksi, Pentadbir Penamatan perlu menghantar maklumat lengkap gemulah (Pemilik Kompetensi) untuk tindakan reset semula persaraan. 34 Bolehkah saya / Pentadbir membatalkan permohonan Persaraan Pilihan di dalam sistem sekiranya proses tersebut telah sampai ke HRMIS POWER? Tidak. Mohon logkan aduan ke SPMB di pautan https://spmb.jpa.gov.my untuk tindakan selanjutnya. 35 Mengapa Pemilik Kompetensi masih perlu menghantar dokumen manual ke KWAP sedangkan maklumat telah dihantar menerusi HRMISPOWER. KWAP memerlukan dokumen tersebut sebagai dokumen sokongan dan juga dokumen-dokumen sokongan lain yang tidak terdapat dalam HRMIS (cth: Maklumat Akaun Waris). 36 Pemilik Kompetensi(CO) ingin memohon Penamatan Perkhidmatan Sukarela. Walaubagaimanapun, jenis Persaraan Pilihan tiada dalam pilihan persaraan semasa CO ingin membuat permohonan. Mohon agensi memanjangkan butiran maklumat bakal pesara ke SPMB di pautan https//:spmb.jpa.gov.my untuk tindakan selanjutnya.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy