SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 160 MODUL PENAMATAN PERKHIDMATAN VERSI : 2.0 - DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DA PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 13 Saya hendak memohon persaraan pilihan sendiri. Bila saya klik pilihan menu untuk membuat pilihan, hanya ada pilihan peletakan jawatan sahaja yang dipaparkan? Pilihan menu bagi permohonan persaraan pilihan tidak memaparkan ‘Persaraan Pilihan Sendiri’ kerana pemohon tidak memenuhi salah satu syarat berikut: 1) Perlu berumur 40 tahun atau lebih; 2) Telah berkhidmat dengan kerajaan sekurang-kurangnya 10 tahun; 3) Telah disahkan dalam perkhidmatan 4) Mengambil skim pencen. Sekiranya masih menghadapi masalah walaupun telah mengemaskini maklumat mohon dipanjangkan melalui Meja Bantuan JPA, https//:spmb.jpa.gov.my. 14 Mengapa gambar tidak dipaparkan semasa hendak mencetak borang JPA.BP.HRMIS01 walaupun semasa membuka paparan borang, gambar tersebut ada? Pemilik Kompetensi / Pentadbir Rekod Peribadi perlu memuat naik gambar bersaiz kurang 204K di modul Pengurusan Rekod Peribadi untuk membolehkan imej ditukar ke format PDF. 15 Saya hendak membuat pengesahan sumber logistik pemilik kompetensi yang akan menamatkan perkhidmatan tetapi tiada maklumat logistik di dalam UI berkenaan? Maklumat sumber logistik di ambil dari Jawatan Sebenar (AP) pemilik kompetensi berkenaan. Pentadbir Data Perjawatan perlu mengemaskini maklumat sumber logistik tersebut dalam Modul Data Perjawatan. 16 Bolehkah saya membatalkan permohonan Persaraan Pilihan yang belum disahkan di dalam sistem? Boleh. Untuk membatalkan permohonan Persaraan Pilihan, pemilik kompetensi perlu ke menu: Penamatan Perkhidmatan Sukarela 

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy