SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 159 MODUL PENAMATAN PERKHIDMATAN VERSI : 2.0 - DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DA PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 8 Apakah data asas yang wajib dilengkapkan di Submodul Pengurusan Saraan (Elaun)? 1) Imbuhan Tetap Khidmat Awam 2) Imbuhan Tetap Perumahan 3) Imbuhan Tetap Keraian 4) Imbuhan Tetap Jawatan Utama/Gred Khas 5) Elaun Berpencen 9 Siapakah yang boleh menggunakan modul ini? 1) Penjawat awam yang dibawah skim pencen 2) Penjawat awam yang ingin membuat persaraan pilihan/sukarela 3) Pentadbir penamatan perkhidmatan yang melaksanakan urusan penamatan perkhidmatan paksa/kematian. 10 Apakah fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Modul Penamatan Perkhidmatan? Terdapat 5 fungsi utama didalam Modul Penamatan Perkhidmatan iaitu: 1) Fungsi Persaraan Paksa 2) Fungsi Persaraan Sukarela 3) Maklumat Kematian Pemilik Kompetensi 4) Melaksanakan Penamatan Perkhidmatan 5) Laporan 11 Apakah yang dimaksudkan dengan penamatan perkhidmatan secara sukarela? Penamatan perkhidmatan sukarela bermaksud pemilik kompetensi boleh menamatkan perkhidmatan secara sukarela seperti yang dinyatakan dalam Akta Pencen 1980 (Akta 227) Seksyen 12(1). 12 Apakah yang dimaksudkan dengan penamatan perkhidmatan secara paksa? Penamatan Perkhidmatan secara paksa bermaksud seseorang pemilik kompetensi perlu meninggalkan perkhidmatan awam atas sebab-sebab tertentu seperti yang dinyatakan dalam Akta Pencen 1980 (Akta 227) Seksyen 10(1).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy