SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 153 DATA PERJAWATAN MyPORTFOLIO VERSI : 2.0 - DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 1 Apakah fungsi MyPortfolio? Satu dokumen rasmi yang mengandungi maklumat penting berkaitan organisasi serta penjelasan mengenai elemenelemen seperti fungsi, aktiviti, deskripsi tugas, prosedur dan proses kerja. 2 Apakah tugas Pentadbir Kementerian? Berperanan untuk melaksanakan penetapan Kementerian/ Agensi/ Bahagian/ Cawangan/ Unit melalui fungsi Selenggara Carta Fungsi Agensi. 3 Apakah tugas Pentadbir Bahagian? Menyediakan maklumat asas MyPortfolio seperti Carta Organisasi Umum, Carta Fungsi, Senarai undang-undang, Peraturan dan Punca Kuasa dan Senarai Jawatankuasa. 4 Apakah tugas Pegawai pengesah dan pelulus MyPortfolio? Bertanggungjawab untuk pengesahan/kelulusan myPortfolio yang dihantar oleh Pemilik Kompetensi. 5 Apakah peranan yang diperlukan bagi pengesah dan pelulus MyPortfolio? Pengesah dan pelulus MyPortfolio perlu diberi peranan [684] MyPortfolio Verifier dan [682] MyPortfolio Approver. 6 Adakah MyPortfolio perlu disediakan sekiranya jawatan itu ditempatkan secara pentadbiran? Penempatan secara pentadbiran tidak dibenarkan seperti surat edaran Bahagian Pembangunan Organisasi (BPO), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertarikh 31 Disember 2014. MyPortfolio perlu disediakan untuk jawatan yang mempunyai waran perjawatan atau surat kelulusan perjawatan mengikut di mana jawatan itu yang ditempatkan seperti yang dinyatakan di dalam waran. 7 Adakah perlu Pengisian myPortfolio bagi jawatan yang kosong? Tiada peranan bagi mengemaskini MyPortfolio bagi jawatan kosong. Pengecualian KPI diberikan bagi kes ini. 8 Siapakah yang perlu menyediakan MyPortfolio? MyPortfolio perlu disediakan oleh penyandang jawatan berkenaan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy