SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 14 PEROLEHAN SUMBER MANUSIA PENANGGUNGAN KERJA PEGAWAI VERSI : 2.0- DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 7 Bagaimanakah pentadbir dapat melakukan operasi hapus tanggung kerja kerana tersalah butiran? Tindakan hapus tidak boleh dilaksanakan apabila permohonan telah dihantar kepada peringkat perakuan Ketua Jabatan. Sekiranya perlu pentadbir hanya boleh melakukan operasi pembatalan permohonan bagi status yang memerlukan pindaan sahaja. 8 Permohonan Penamatan Awal Tanggung Kerja bagi Pemilik Kompetensi telah pun diluluskan. Mengapakah masih terpapar dalam peti pesanan Ketua Jabatan seolah-olah ianya masih belum diambil tindakan? Sekiranya masalah ini berlaku, sila majukan aduan kepada https://spmb.jpa.gov.my/ 9 Bagaimana cara untuk meminda tarikh mula tanggung kerja setelah Perakuan dari Ketua Jabatan namun tidak diperaku oleh Pegawai Tadbir Bahagian (ada keperluan pindaan tarikh kerana pemohon ada Cuti Rehat dalam tempoh 28 hari pertama tanggung kerja)? Tiada proses pindaan boleh dilakukan apabila permohonan tanggung kerja tidak diperakukan oleh Ketua Jabatan. Sebagai makluman juga, proses pindaan boleh dilaksanakan sekiranya Urusetia Semakan yang membuat kuiri (PENGHANTARAN PERMOHONAN PENANGGUNGAN KERJA UNTUK PINDAAN) kepada Pentadbir perakuan. 10 Bolehkah gred F29 menanggung kerja gred F41? Jawatan yang hendak ditanggung kerja itu hendaklah tidak melangkau dua (2) gred yang lebih tinggi dan bidang tanggungjawab jawatan ditanggung kerja tidak terlalu berat dibandingkan dengan kebolehan dan gred hakiki pegawai yang diperakukan untuk menanggung kerja. (Ceraian PO 1.1.6 Perenggan 6) 11 Adakah gred F41 boleh menanggung kerja gred F29? Pegawai yang lebih tinggi grednya boleh diperakukan penanggungan kerja jawatan yang lebih rendah grednya, dengan syarat jawatan yang hendak ditanggung kerja itu tidak ada hubungan taraf tinggi rendah (Ceraian PO 1.1.6 Perenggan 6)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy