SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 13 PEROLEHAN SUMBER MANUSIA PENANGGUNGAN KERJA PEGAWAI VERSI : 2.0- DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 4 Mengapakah rekod tanggung kerja yang telah dihantar untuk perakuan tiada dalam peti pesanan? Perubahan sandangan ke atas jawatan penerima perakuan mengakibatkan kegagalan sesuatu tindakan seterusnya. Tindakan perakuan merangkumi dua keadaan iaitu: i. Perakuan oleh Ketua Jabatan; dan ii. Perakuan pemantauan 28/14 hari oleh pentadbir perakuan. Perakuan permohonan kepada Ketua Jabatan yang telah dihantar dapat dilihat pada peti pesanan ataupun fungsi Perakuan/Pengesahan Ketua Jabatan. Bagi perakuan pemantauan adalah melalui fungsi Urusan Tanggung Kerja dan peti pesanan pentadbir. Pentadbir aliran kerja perlu memastikan maklumat penerima perakuan pemantauan telah diselenggara dengan betul bagi aliran kerja [RS-622]. 5 Apakah yang diperlukan bagi mendapatkan data sejarah kelulusan penanggungan kerja? Pentadbir perakuan dan Pengurusan Sumber Manusia boleh melihat sejarah permohonan tanggung kerja seseorang pegawai di bawah jabatan/agensi melalui fungsi Jana Memo Tanggung Kerja, atau melalui fungsi Sejarah Penanggungan Kerja . 6 Mengapakah proses tanggung kerja yang telah diluluskan dan status telah tamat tetapi rekod di dalam HRMIS masih menunjukkan permohonan baharu? Sekiranya masalah ini berlaku, sila majukan aduan kepada https://spmb.jpa.gov.my/

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy