SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 135 PENGURUSAN REKOD PERIBADI SEMAKAN DATA VERSI : 2.0- DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 1 Apakah fungsi Semakan Data? Fungsi Semakan Data memaparkan status integriti ke atas data yang melibatkan elemen data pada Modul Perjawatan, Profil Perkhidmatan dan Rekod Peribadi. Data berintegriti membolehkan penjawat awam menikmati kemudahan dan peluang yang disediakan oleh Kerajaan, seperti: 1) Urusan kenaikan pangkat – berkaitan dengan data kelayakan akademik, sejarah perkhidmatan, markah LNPT; 2) Urusan kemudahan kelayakan wad hospital/perubatan – mengikut kelayakan gred jawatan; dan 3) Urusan Kiraan Gratuiti Pencen Paparan status data berintegriti adalah lewat sehari. Sekiranya data dikemaskini pada hari ini, mohon Pemilik Kompetensi untuk semak keesokan harinya bagi melihat status data tersebut. 2 Mengapakah data saya masih tidak berintegriti sedangkan maklumat sebenar telah dikemaskini? Mohon Pemilik Kompetensi semak data pada keesokan hari melalui Fungsi Semakan Data di bawah Modul Pengurusan Rekod Peribadi kerana Fungsi Semakan Data adalah data lewat satu (1) hari. 3 Mengapa maklumat Jenis Cuti tiada? Mohon pentadbir agensi untuk kemukakan lampiran Salinan Kenyataan Cuti dalam Buku Perkhidmatan pegawai bagi tahun yang berkenaan melalui pautan https://spmb.jpa.gov.my untuk tujuan semakan silang.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy