SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 134 PENGURUSAN REKOD PERIBADI REKOD PERIBADI CV PEGAWAI VERSI : 2.0- DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 1 Kenapa CV saya tidak dipaparkan? Pemilik Kompetensi perlu membuat semakan sama ada terdapat maklumat pada rekod peribadi yang tidak lengkap. 2 Mengapa menu CV memaparkan ralat informasi HRMIS? Pemilik Kompetensi perlu membuat semakan sama ada perkara berikut telah lengkap atau tidak: 1) Maklumat harta belum diisi/disahkan; atau 2) Tarikh jangka bersara tidak dikemaskini dalam profil perkhidmatan Pemilik Kompetensi; atau 3) Terdapat maklumat pada rekod peribadi yang tidak lengkap. 3 Maklumat sejarah perkhidmatan saya tidak tepat. Bagaimana untuk kemaskini maklumat tersebut? Pemilik Kompetensi perlu rujuk pentadbir HRMIS di agensi masing-masing untuk tindakan pengemaskinian. 4 Mengapa maklumat anak pada paparan CV pegawai hanya dua (2) orang sedangkan beliau telah isytihar empat (4) orang di dalam sistem HRMIS? Terdapat ralat yang mungkin berlaku. Mohon log aduan ke Sistem Pengurusan Meja Bantuan (SPMB) melalui pautan https://spmb.jpa.gov.my untuk tindakan selanjutnya.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy