SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 132 PENGURUSAN REKOD PERIBADI REKOD PERIBADI VERSI : 2.0 - DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 21 Apakah data asas yang wajib dilengkapkan di Modul Pengurusan Rekod Peribadi? 1) Maklumat Keluarga; 2) Nombor KWSP; 3) Nombor dan Jenis Kad Pengenalan Semasa; 4) Nombor dan Jenis Kad Pengenalan Dahulu; 5) Nama; 6) Jantina; 7) Bangsa; 8) Keturunan; 9) Agama; 10) Gelaran; 11) Tarikh Lahir; 12) Taraf Perkahwinan; dan 13) Tarikh Kematian Ahli Keluarga (mana yang berkaitan). 22 Kenapa saya tidak dibenarkan menghapuskan maklumat Ibu / Ayah Angkat? 1) Berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1993, seseorang pegawai hendaklah memaklumkan secara rasmi kepada Ketua Jabatan maklumat peribadi ibu bapa yang sah yang layak mendapat kemudahan ini. Maklumat ini hendaklah dicatatkan di muka surat 3 dalam Buku Perkhidmatan pegawai berkenaan. 2) Sehubungan dengan itu, bagi membatalkan maklumat ibu angkat Pemilik Kompetensi di dalam modul Rekod Peribadi, Pemilik Kompetensi perlu memaklumkan secara rasmi kepada Ketua Jabatan perihal pembatalan hubungan pengangkatan. Pemilik Kompetensi juga perlu mengemukakan dokumen pembatalan hubungan pengangkatan sebagai sokongan kepada permohonan ini.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy