Change Journey Edisi 3

7 Sub Modul Penetapan Saraan melibatkan pewujudan, selenggara serta pindaan data berkaitan saraan mengikut skim perkhidmatan serta data gaji pokok dan elaun berdasarkan arahan dan keperluan baharu yang berkuat kuasa. Data ini akan digunakan semasa pewujudan struktur organisasi dan perjawatan serta penyediaan butiran terperinci dalam surat pelantikan dan kenaikan pangkat. Data ini juga digunakan dalam penyediaan kos berkaitan perancangan tenaga kerja dan pengurusan pelan penggantian. Penetapan Saraan Sub Modul Penetapan Bidang Pengkhususan melibatkan pewujudan, selenggara serta pindaan data bidang pengkhususan bagi setiap skim perkhidmatan serta gred jawatan keseluruhan sektor awam. Bidang pengkhususan mengandungi data berkaitan pengalaman dan kompetensi serta keupayaan yang perlu dimiliki oleh seseorang pegawai dalam sesuatu bidang mengikut skim perkhidmatan. Penetapan Bidang Pengkhususan Sub Modul Penetapan Skim Perkhidmatan melibatkan pewujudan, selenggara serta pindaan data secara fleksibel berkaitan skim perkhidmatan berdasarkan arahan dan keperluan baharu yang berkuat kuasa. Penetapan Skim Perkhidmatan Modul ini bertujuan mewujudkan data asas pegawai yang berfungsi sebagai data teras sumber manusia sektor awam berdasarkan arahan dan pekeliling yang berkuat kuasa. Elemen utama bagi Modul Penetapan Data Pegawai: 1.Penetapan Kamus Kompetensi; 2.Penetapan Bidang Pengkhususan; 3.Penetapan Saraan; dan 4.Penetapan Perincian Skim Perkhidmatan. Modul Penetapan Data Pegawai Sub Modul Penetapan Kamus Kompetensi melibatkan pewujudan, selenggara serta pindaan data kamus kompetensi bagi setiap skim perkhidmatan serta gred jawatan keseluruhan sektor awam. Kamus Kompetensi mengandungi data rangka kerja berkaitan kompetensi dan keupayaan yang telah ditetapkan serta business rules yang mengaitkan antara kamus kompetensi dan keupayaan yang diperlukan mengikut skim perkhidmatan. Penetapan Kamus Kompetensi

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy