Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

253 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB 4. PERTUDUHAN Bahawa tuan, Dr. OOO (No. Kad Pengenalan: 000000-00-0000), Pegawai Perubatan Gred UD48 semasa bertugas di Pejabat Kesihatan KA, Daerah LOP, Negeri J antara 1.1.2008 hingga 18.8.2008 didapati telah tidak menjalankan tanggungjawab bagi memastikan pengurusan kewangan dilaksanakan berdasarkan Arahan Perbendaharaan. Kegagalan tuan menjalankan tanggungjawab telah menyebabkan kehilangan wang hasil kutipan Pejabat Kesihatan berkenaan sejumlah RM25,825.00. Perbuatan tuan telah melanggar seksyen 18(c) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61) yang menyatakan seperti berikut: “18. Surcaj Jika didapati oleh Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan tertentu, selepas berunding dengan pihak berkuasa kewangan, bahawa mana-mana orang yang sedang dan telah berkhidmat dengan kerajaan persekutuan atau kerajaan sebuah negeri- (c) sedang atau telah bertanggungjawab tentang apa-apa kekurangan, atau tentang kebinasaan, apa-apa wang awam, setem-setem, sekuriti-sekuriti, stor-stor, atau lain-lain harta kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri; dan jika suatu penjelasan yang memuaskan tidak diberi dalam tempoh yang ditentukan oleh Suruhanjaya, kepada Suruhanjaya tentang kegagalan untuk memungut pembayaran yang tidak sepatutnya, pembayaran yang tidak disahkan, kekurangan atau kebinasaan, atau gagal untuk menyimpan akaun-akaun atau rekod-rekod yang sempurna, atau gagal membuat pembayaran, atau lewat dalam membuat

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy