Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

252 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN BAHAGIAN III KEHILANGAN WANG KUTIPAN HASIL 1. KES Dr. OOO, Pegawai Perubatan Gred UD48, Pejabat Kesihatan KA. Laporan yang diterima menyatakan bahawa pegawai merupakan individu yang bertanggungjawab di dalam kes kehilangan wang kutipan hasil berjumlah RM25,825.00 yang diadukan oleh Unit Akaun, Pejabat Kesihatan KA. Perkara ini disedari apabila Pejabat Kesihatan KA tidak mengemukakan Penyata Pemungut Hasil untuk beberapa bulan kepada Jabatan Kesihatan Negeri J. 2. SYOR PERBENDAHARAAN Perbendaharaan mengesyorkan pegawai dikenakan tindakan surcaj di bawah seksyen 18(c) Akta Tatacara Kewangan 1957. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD KES PRIMA FACIE SURCAJ Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No.1) (Pihak Berkuasa Tatatertib Yang Mempunyai Kuasa Mengenakan Hukuman Selain Buang Kerja atau Turun Pangkat) berpuas hati wujud kes prima facie.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy