Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

254 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN pembayaran, maka Suruhanjaya akan membuat Surcaj terhadap orang tersebut suatu jumlah yang tidak melebihi amaun bagi mana-mana amaun yang tidak dipungut, pembayaran tertentu, kekurangan atau kehilangan atau nilai harta yang dibinasakan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan tentang kegagalan untuk menyimpan akaun- akaun atau rekod-rekod yang sempurna, atau kegagalan untuk membuat pembayaran, atau kelewatan dalam membuat pembayaran, maka Suruhanjaya akan membuat Surcaj terhadap orang tersebut jumlah tertentu sebagaimana pihak Suruhanjaya fikirkan patut.” 5. REPRESENTASI PEMBELAAN DIRI PEGAWAI Pegawai di dalam representasi menjelaskan: (a) lima (5) jawatan Pembantu Tadbir yang diluluskan, hanya dua (2) jawatan sahaja yang diisi dan mereka adalah pegawai baru yang tidak berpengalaman dalam urusan pentadbiran dan kewangan. Pegawai ditukarkan ke Pejabat Kesihatan KA pada 1.1.2008 dan pemeriksaan mengejut yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Negeri dibuat pada 18.8.2008. Anggaran sebenar wang kutipan hasil yang hilang juga sebenarnya masih di dalam siasatan polis; dan (b) pegawai juga menyatakan tiada Nota Serahan Tugas semasa beliau mengambil alih tugas. Beliau juga memikul bebanan tugas yang amat berat termasuk tugas 24 jam „ on call’ untuk sebarang kes kecemasan perubatan. Jumlah pegawai yang terhad menyebabkan beliau terpaksa bekerja sepenuh masa. Kesibukan beliau telah diambil kesempatan oleh Pembantu Tadbir (Encik HHH). 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menjelaskan:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy