Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
269 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam telah mendorong peningkatan populasi nyamuk, sekali gus memudahkan penyebaran demam denggi yang menjejaskan lebih 100 juta orang setahun. Bilangan penduduk yang mengalami masalah kekurangan nutrisi makanan di 30 negara di seluruh Afrika dan Asia meningkat kepada 422 juta pada tahun lalu berbanding 398 juta pada 1990. Seterusnya, masalah kekurangan nutrisi makanan dikenal pasti sebagai kesan kesihatan terbesar akibat perubahan iklim. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan akan terdapat 250,000 kematian tambahan setahun antara 2030 dan 2050 akibat gejala tersebut (The Guardian, 2017). Kebanyakan negara kini berusaha untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau mereka di bawah Perjanjian Iklim Paris 2015. Christiana Figueres, Ketua Dewan Penasihat Peringkat Tinggi Lancet Countdown menyatakan bahawa maklumat dalam laporan ini merupakan amaran besar yang tidak boleh diendahkan. Impak buruk perubahan iklim sedang berlaku dan dikhuatiri akan terus berpanjangan ( The Guardian , 2017). (Utusan Malaysia, 2017). (v) Revolusi Industri 4.0 ( Industrial Revolution 4.0 ) Kemunculan Revolusi Industri 4.0 yang menekankan pembinaan teknologi realiti maya tanpa banyak menggunakan tenaga manusia pasti memberikan kesan terhadap pelbagai aspek kehidupan (UTM, 2018). Sejarah membuktikan, Revolusi Perindustrian Pertama tertumpu pada penggunaan mesin berkuasa wap, Kedua pada elektrik untuk mengubah barisan pemasangan dan Ketiga berkisar kepada penggunaan teknologi maklumat (IT) untuk terus mengautomasikan lagi pengeluaran sesuatu barangan. Revolusi Perindustrian Keempat pula akan menyaksikan Internet Of Things (IoT) bukan sahaja mampu membaik pulih dunia perniagaan, tetapi hampir mempengaruhi semua aspek kehidupan seharian (MIGHT). Menurut pengasas Forum Ekonomi Dunia, Klaus Schwab dalam bukunya The Fourth Industrial Revolution menjelaskan Revolusi Industri Keempat ini ditandai dengan kemunculan superkomputer, robot pintar, kenderaan tanpa pengemudi, suntingan genetik dan perkembangan teknologi saraf otak yang memungkinkan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy