Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
268 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam 20.29 juta (71%) pada tahun 2010 kepada 27.30 juta (79.6%) menjelang tahun 2025. Antara cabaran dalam menguruskan kepesatan pertumbuhan perbandaran ialah daya saing ( cometitiveness ) ekonomi bandar, kos sara hidup yang tinggi, harga rumah yang tinggi, kesan pemanasan global dan perubahan iklim, pemeliharaan kawasan pertanian dan biodiversiti, pembangunan modal insan, penyediaan kemudahan sosial dan pengukuhan tadbir urus bandar (Dasar Perbandaran Negara, 2006). (iv) Perubahan Iklim Dunia Dan Sumber Asli Yang Terhad Perubahan iklim dunia berada di tahap yang amat membimbangkan dan bakal mengancam kesihatan jutaan penduduk dunia ekoran peningkatan mendadak gelombang panas, penyebaran pelbagai penyakit bawaan nyamuk dan masalah kekurangan nutrisi makanan. Laporan dalam jurnal perubatan Britain, The Lancet mendedahkan bahawa kesukaran untuk memperlahankan pemanasan global sejak 25 tahun lalu bukan sahaja mencetus bencana terhadap kehidupan manusia malah menjejaskan mata pencarian penduduk dunia. Laporan itu menyebut, tambahan 125 juta orang terdedah kepada gelombang panas setiap tahun dari 2000 hingga tahun lalu dengan warga emas paling berisiko (Utusan Malaysia, 2017). Panel iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa dunia akan menjadi semakin panas, manakala suhu Bumi dijangka meningkat sehingga 4.8 darjah Celsius pada abad ini. Panel berkenaan juga menegaskan bahawa gelombang panas, banjir dan paras air laut yang meningkat adalah antara ancaman yang semakin kerap melanda dengan 95 peratus panel berkenaan yakin bahawa manusia adalah punca pemanasan global berdasarkan pemerhatian sejak 60 tahun lalu. Tahap produktiviti buruh dalam kalangan pekerja ladang juga turun mendadak sebanyak 5.3 peratus sejak tahun 2000 ekoran perubahan cuaca yang menjejaskan tenaga pekerja dengan kesan ketara dapat dilihat di India dan Brazil. Laporan itu turut mendedahkan perubahan iklim
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy