Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
270 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam manusia untuk lebih mengoptimumkan fungsi otak. Dalam erti kata lain, hidup manusia akan dipermudahkan dengan bantuan robot yang bakal menjadi kawan yang akan menguruskan hal ehwal dan tugasan harian. Revolusi Industri 4.0 adalah merupakan sebahagian daripada gelombang Megatrends akan merubah landskap penyampaian perkhidmatan penjawat awam kepada rakyat. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah memulakan inisiatif untuk mengadakan bengkel yang melibatkan tiga sektor iaitu pendidikan, kesihatan dan keselamatan pada tahun 2017 yang bermatlamat untuk mengenal pasti kemahiran-kemahiran generik baharu yang diperlukan oleh penjawat awam untuk memastikan perkhidmatan awam bersiap siaga ( future ready) dengan kemahiran yang releven untuk menghadapi cabaran dan keperluan baharu untuk bersedia dengan strategi dan program serta pelan tindakan bagi memperkasakan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Justeru itu, agensi berkaitan perlu merancang supaya penjawat awam yang berkenaan turut bersedia untuk mempelajari dan menguasai kemahiran-kemahiran baharu berkenaan. Kemahiran-kemahiran generik baharu yang telah dikenalpasti dalam aspek pengurusan sumber manusia dan juga aspek kepesatan penggunaan teknologi bagi sektor pendidikan, kesihatan dan keselamatan adalah seperti yang berikut: (a) Sektor Pendidikan (i) Workforce Of The Education System Kemahiran Strategist • Analytical Skills (Data Driven) • System Thinking • Entrepreneurial Skills • Smart Partnership • Visualisation and simulation skills Personal
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy