Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

267 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam mengekalkan pertumbuhan ekonomi dan memperoleh momentum untuk pembaharuan iaitu sebanyak 6.3 peratus pada 2019. Jadual di bawah menunjukkan tren perdagangan utama dunia bagi tahun 2017 hingga 2032 (Media Adil, 2017): (iii) Kepesatan Pertumbahan Urbanisasi Urbanisasi merupakan proses perubahan sesuatu kawasan dari luar bandar kepada bandar. Pembandaran juga berlaku apabila petempatan bandar berkembang menjadi bandar yang lebih besar dan kompleks. Sifatnya seperti dari bandar kecil ke bandar sederhana akhirnya menjadi bandar raya (Researchgate, 2018). Pada tahun 2014, 50% atau 3.3 bilion daripada penduduk dunia tinggal di bandar. Jumlah penduduk dunia yang tinggal di bandar ini dijangka akan meningkat kepada lima bilion menjelang 2030 dan meliputi 6.4 bilion iaitu 2/3 daripada penduduk dunia (9.7 bilion) pada tahun 2050 (World Urban Prospect, 2014). Di Malaysia, penduduk yang tinggal di bandar dijangka akan meningkat daripada

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy