Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
266 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam memandangkan nisbah penduduk Malaysia berketurunan India hanya sekitar lapan peratus berbanding jumlah keseluruhan penduduk. Bagaimanapun, sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Sekretariat Khidmat Imigran (SKI), berpendapat warga asing yang berstatus pendatang asing tanpa izin di negara ini melebihi jumlah pekerja asing yang memiliki dokumen dan permit sah.Berdasarkan statistik NGO itu, pada 2014 lebih 6.7 juta pekerja asing, bekerja dalam pelbagai sektor terutama pembinaan dan peladangan dan daripada jumlah itu, hanya 2.1 juta mempunyai permit, bermakna ketika itu ada lebih 4.6 juta warga asing bekerja secara tidak sah di Malaysia. Pada 2017 pula, kira-kira 1.73 juta pekerja asing yang sah berbanding 2.1 juta orang empat tahun sebelumnya, namun jumlah pendatang asing tanpa izin yang masih ada di sini terus menjadi tanda tanya. SKI juga berpendapat jutaan pendatang asing tanpa izin masih lagi bebas bergerak dan bekerja di negara ini kerana amat mustahil warga asing terbabit pulang beramai-ramai ke negara masing-masing. (ii) Peralihan Kuasa Ekonomi Dunia Centre for Economics and Business Research ( CEBR ) dari London melaporkan Amerika Syarikat (AS) berkemungkinan akan kehilangan dominasi ekonomi global dan digantikan oleh China dijangka akan berperanan sebagai kuasa ekonomi nombor satu dunia menjelang 2032. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah salah satu cara paling biasa untuk mengukur hasil pengeluaran dan kekuatan ekonomi sesebuah negara. Hampir semua negara di seluruh dunia mengukur dan melaporkan KDNK mereka setiap tahun. Ini membolehkan kita untuk membandingkan kuasa ekonomi antara negara secara langsung. China telah berjaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi mereka sejak 2007 Empat negara Asia lain iaitu India, Jepun, Korea Selatan dan Indonesia juga akan mengikuti China dalam senarai 10 negara dengan kuasa ekonomi global terbesar. 10 teratas ialah China di bahagian atas, diikuti oleh Amerika Syarikat, India, Jepun, Jerman, Brazil, Britain, Korea Selatan, Perancis dan Indonesia. KDNK China telah berjaya
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy