Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
265 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam sementara penduduk perempuan pula meningkat daripada 15.72 juta orang kepada 15.84 juta orang bagi tempoh yang sama. Jabatan Perangkaan Malaysia menganggarkan Malaysia akan menjadi negara tua pada tahun 2030 apabila 15 peratus penduduk terdiri daripada warga emas (Utusan Malaysia, 2017). Malaysia perlu bersedia dari segi ekonomi, terutama aspek penyediaan kemudahan dan kepakaran untuk menghadapi status negara tua pada 2030. Negara akan mencapai status negara tua pada 2030 apabila penduduk berusia 60 tahun ke atas mencapai 15 peratus daripada jumlah penduduk. Berdasarkan data pada 2017, bilangan penduduk berusia 60 tahun ke atas ialah 6.3 peratus daripada jumlah rakyat yang ketika ini berjumlah 33 juta. Pada tahun 2020, bilangan penduduk berusia 60 tahun dan ke atas mencapai tujuh peratus dan bilangannya dijangka meningkat kepada 15 peratus pada tahun 2030. Negara-negara yang mengalami krisis sedemikian turut berdepan penurunan produktiviti lantaran tidak mempunyai sumber manusia yang mencukupi. Bagi menghadapi situasi ini kebanyakan negara akan mengambil langkah tertentu untuk meningkatkan semula produktiviti iaitu dengan melakukan usaha supaya rakyatnya meningkatkan produktiviti bekerja. Namun kaedah ini agak sukar dan memerlukan kos yang tinggi pula untuk melaksanakannya. Kaedah lain yang lebih mudah dilakukan ialah dengan membawa masuk pekerja asing. Tetapi kaedah ini akan menyebabkan perubahan struktur demografi dan guna tenaga negara. Malaysia juga menggunakan langkah ini dan berdasarkan statistik Jabatan Imigresen Malaysia sehingga September 2018 mendapati jumlah pekerja asing yang bekerja di negara ini secara sah adalah 1.73 juta orang, majoriti dari Indonesia, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Pakistan dan China. Sementara itu, Jabatan Perangkaan Malaysia menganggarkan jumlah warga asing yang tinggal secara sah di negara ini tahun lalu ialah sekitar 3.3 juta orang daripada keseluruhan 32 juta penduduk di Malaysia. Nisbah hampir 10 peratus ini agak tinggi
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy