Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
264 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam pembanterasan rasuah diperkemas di kalangan aktor politik, entiti korporat, agensi penguatkuasaan dan pihak yang berkepentingan. Para pemegang taruh dijangka membangunkan Pelaksanaan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) dalam manangani isu integriti, tadbir urus dan antirasuah di organisasi masing-masing. OACP merupakan satu inisiatif dalam Pelan Antirasuah Nasional (NACP) yang dirangka oleh Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) dan telah dilancarkan dengan rasminya pada 29 Januari 2019 oleh Perdana Menteri Malaysia dengan matlamat untuk mewujudkan negara bebas rasuah. (d) Persekitaran Yang Tidak Menentu Jentera pentadbiran awam perlu bersedia mengurus tadbir perkhidmatan selaras dengan jangkaan dan permintaan yang berterusan daripada pelanggan. Maka, pentadbiran awam bertanggungjawab untuk melakukan penilaian dan membuat perubahan secara signifikan dan segera bagi menguruskan keperluan pelanggan tersebut melalui strategi tertentu yang berkesan dalam jangka pendek dan panjang supaya mampu menghasilkan impak terbaik dalam penyampaian perkhidmatan. Kitaran penambahbaikan bagi terhadap kualiti penyampaian perlu dilakukan secara berkala dan berterusan. Di antara faktor penyumbang kepada persekitaran yang tidak menentu adalah seperti berikut: (i) Perubahan Demografi Dan Struktur Sosial Masyarakat – Peningkatan Penuaan Penduduk Malaysia dianggarkan berjumlah 32.73 juta orang pada suku tahun pertama 2020, iaitu peningkatan sebanyak 0.6 peratus berbanding suku tahun pertama 2019, menurut laporan Perangkaan Demografi bagi suku tahun pertama 2020. Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata jumlah itu merangkumi 29.62 juta orang atau 90.5 peratus warganegara, dan 3.12 juta orang atau 9.5 peratus bukan warganegara. Beliau berkata penduduk lelaki meningkat daripada 16.81 juta orang pada suku tahun pertama 2019 kepada 16.90 juta orang
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy