Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

257 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam CABARAN DALAM MENGURUSKAN PEMBAHARUAN PENTADBIRAN AWAM MALAYSIA Pembaharuan perkhidmatan awam merupakan usaha perubahan terancang yang dilakukan oleh pihak kerajaan dengan melibatkan pewujudan nilai-nilai dan teknologi baharu dalam sistem pentadbiran Kerajaan sedia ada. Proses reformasi dilihat sebagai proses generik yang meresapi semua fasa pentadbiran. Ia memberikan perubahan positif terhadap kualiti penyampaian perkhidmatan oleh sektor awam di semua peringkat pelaksanaan. Impak terhadap pelaksanaan pembaharuan akan dapat mengekalkan keamanan, perpaduan dan kemakmuran negara. Dalam mengurus tadbir reformasi perkhidmatan awam, jentera pentadbiran kerajaan hendaklah sentiasa peka terhadap perubahan persekitaran di samping menambah keupayaan untuk memainkan peranan yang lebih luas, cekap, berkesan dan mencabar. Perubahan-perubahan dalam pembaharuan ini diperlukan selaras dengan kemajuan sains dan teknologi dan juga harapan rakyat yang kian meningkat serta keazaman kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan kompetetif di persada global. Di antara cabaran bagi melaksanakan pembaharuan dalam perkhidmatan awam ialah: (a) Sumber-Sumber Terhad Adalah menjadi keperluan untuk menguruskan sumber yang digunakan dalam memberikan sesuatu perkhidmatan dengan baik misalnya peruntukan kewangan, sumber manusia dan teknologi sedia ada bagi memenuhi kehendak pemegang taruh (stakeholders) yang tidak terhad dan mempunyai jangkaan dan keinginan yang tinggi (Xavier Gabriels (2014)). Beliau seterusnya menyatakan bahawa sumber adalah terhad dan mempunyai masalah pilihan dan kos melepas ( opportunity cost ). Pilihan perlu dibuat supaya sumber yang ada dapat dioptimumkan penggunaannya dan memberikan outcome yang terbaik. Dalam hal ini, pengeluaran perkhidmatan yang dapat ditawarkan mempunyai had maksimum kerana ia adalah

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy