Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
256 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam diperkukuhkan melalui program latihan yang sistematik dan proses pengambilan anggota yang kompeten supaya kualiti perkhidmatan yang ditawarkan dapat ditingkatkan secara berterusan. Selain itu, faedah dan ganjaran perkhidmatan kepada penjawat awam perlulah dipertimbangkan dari masa ke masa supaya setimpal dengan sumbangan mereka. (b) Pengukuhan Polisi Semasa Kerajaan Usaha perlu digembleng bagi memperkukuhkan kapasiti untuk melakukan analisa dan rasionalisasi dasar-dasar kerajaan dalam proses membuat keputusan. Dasar yang tepat dengan kehendak pembangunan negara adalah penting dalam menentukan hala tuju agenda pembaharuan sektor awam. (c) Pembaharuan Institusi Pembaharuan institusi diperlukan bagi mewujudkan perkhidmatan awam yang lebih terbuka dan bertanggungjawab. Agensi kerajaan perlu mewujudkan pemisahan kuasa antara Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman yang jelas bagi memastikan salah urus tadbir tidak berlaku. iii Oleh itu, institusi-institusi penting kerajaan perlu menjalani proses reformasi berterusan supaya dasar dan polisi yang digubal dapat dilaksanakan sebaik mungkin. (d) Penyusunan Semula Sumber Manusia Kejayaan sesuatu proses pembaharuan sangat bergantung kepada sumber manusia yang kompeten. Sehubungan itu, perlu dipastikan bahawa kos yang efektif dan optimum dalam menguruskan sumber manusia dibuat supaya sumber manusia menjadi kompeten dalam melaksanakan agenda pembaharuan dan dapat memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan. Isu sumber manusia yang perlu diberikan perhatian ialah mengenai jumlah penjawat awam yang bersesuaian dengan perkhidmatan yang ditawarkan, gaji dan faedah perkhidmatan yang setimpal serta suasana bekerja yang kondusif.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy