Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
258 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam berasaskan kepada jumlah peruntukan, sumber tenaga manusia dan juga tahap teknologi yang digunakan. Oleh itu, pihak bertanggungjawab perlu mengurus dan melakukan penilaian kos pengurusan secara strategik dan berkesan bagi menghalang pembaziran. Langkah ini menunjukkan bahawa organisasi berkenaan adalah cekap dalam menguruskan sumber yang terhad. Dengan kata lain, ia berjaya meningkatkan produktiviti dan mencapai matlamat dalam memberikan impak yang terbaik kepada masyarakat. Seterusnya, pengurusan organisasi perlu melakukan kajian awalan secara terperinci dalam memperuntukkan belanjawan untuk mengurus sumber dan bahan mentah bagi setiap operasi organisasi. Ini adalah kerana kos bagi bahan mentah sentiasa meningkat tetapi harga setiap perkhidmatan yang ditawarkan adalah tetap dan malar. Umpamanya masyarakat menuntut perkhidmatan kesihatan yang terbaik dengan harga yang sangat minimum. Kerajaan menyediakan peruntukan RM30.6 bilion pada tahun 2020 bagi memastikan rakyat memperoleh akses penjagaan kesihatan berkualiti untuk semua selaras dengan aspirasi masyarakat yang inklusif. Persoalan yang perlu difikirkan dan dikaji sebelum penggunaan sesuatu sumber dalam menawarkan sesuatu perkhidmatan adalah: (i) Apa yang hendak dihasilkan dengan sumber dan peruntukan yang terhad? (ii) Berapa kuantiti yang perlu dihasilkan? (iii) Bagaimana hendak menghasilkan sesuatu barangan dengan kos efektif? (iv) Untuk apa ianya dihasilkan? Kecekapan penggunaan sumber hanya akan tercapai apabila perkhidmatan yang dikeluarkan adalah sesuai dengan permintaan dengan cara pengeluaran paling mudah dan cekap. Saiz perkhidmatan awam Malaysia masih ideal dan tidak terlalu besar berbanding negara lain. Jumlah penjawat awam seramai 1.6
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy