Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

255 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam dikehendaki untuk pengenalpastian kreativiti ke dalam matlamat-matlamat pentadbiran”, (Ahmad Atory Hussain, 1998: 13). Pembaharuan pentadbiran juga didefinisikan sebagai “…suatu usaha bersepadu untuk membawa perubahan-perubahan dalam pentadbiran awam demi untuk meningkatkan keupayaan pentadbiran awam bagi mencapai matlamat-matlamat pembangunan nasional”, (Ahmad Atory Hussain, 1998: 14). Pembaharuan sektor awam ialah mengenai pengukuhan cara bagaimana perkhidmatan awam diuruskan. Sering didapati bahawa harapan ( expectation ) terhadap perkhidmatan awam sentiasa meningkat sedangkan keupayaan dan kemampuan adalah terbatas bagi memenuhi harapan berkenaan (Mark Schacter, 2000). Lebih-lebih lagi terdapat dakwaan dan persepsi mengatakan bahawa perkhidmatan awam gagal diuruskan dengan baik dan sering kali membuat keputusan yang tidak rasional serta mempunyai akauntabiliti yang lemah sehingga menyebabkan penyampaian perkhidmatan gagal dilaksanakan dengan cekap dan sempurna. Takrifan oleh Mark Schacter (2000) selari dengan pandangan Colgan, A. Rochford, S. and Burke, K. (2016) mentakrifkan pembaharuan sektor awam ialah perubahan yang dilakukan terhadap struktur dan proses dalam organisasi di sektor awam dengan matlamat untuk mendapatkan impak yang lebih baik bagi perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Mark Shacter (2000) berpandangan pelaksanaan pembaharuan pentadbiran awam perlu memberi fokus kepada beberapa aspek seperti yang berikut: (a) Pembangunan Kapasiti Pentadbiran Persepsi semasa masyarakat terhadap perkhidmatan awam adalah tidak cekap dan kurang berkesan. Perkhidmatan yang diberikan sering kali berdepan dengan kritikan dan rasa tidak puas hati pengguna. Oleh itu, pengukuhan pembangunan kapasiti pentadbiran diperlukan supaya perkhidmatan awam menjadi lebih responsif dan memenuhi jangkaan masyarakat. Perkhidmatan awam perlu melakukan penstrukturan semula organisasi bagi memperkukuhkan kolaborasi antara agensi yang menyediakan perkhidmatan. Seterusnya kualiti sumber manusia perlu

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy