Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
254 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam lama kepada keadaan atau cara baharu yang lebih baik dalam perkhidmatan awam secara meluas dan komprehensif. Pembaharuan pentadbiran awam amat diperlukan supaya perkhidmatan awam kekal relevan dan memberikan impak postif yang maksimum manfaat dan faedah perkhidmatan awam kepada rakyat dan negara. SOROTAN KAJIAN Perkataan awam atau ‘ public ’ bererti “…apa jua dasar yang dijalankan oleh kerajaan untuk manfaat rakyat”, (Ahmad Atory Hussain, 2002: 6). Penjawat awam merupakan salah satu aktor yang bertindak di dalam memastikan setiap dasar yang digubal oleh kerajaan untuk kepentingan masyarakat negara dapat dilaksanakan dengan sempurna. Penjawat awam bertanggungjawab untuk menyediakan kualiti perkhidmatan terbaik bagi faedah dan keperluan atau manfaat rakyat. Sehubungan itu, dari semasa ke semasa pembaharuan pentadbiran perlu dilakukan supaya penyampaian perkhidmatan dapat ditambahbaik dan berfungsi dengan cekap dan berkesan. Pembaharuan pentadbiran pula dirujuk sebagai “…semua pembaikan dalam pentadbiran, pembaikpulihan keseluruhan pentadbiran dalam keadaan kesukaran, pembaikan-pembaikan tertentu dalam perkara salah pentadbiran ( maladministration ) dan sebarang cadangan yang lebih baik untuk dilaksanakan oleh kerajaan”. Pembaikan yang dilakukan merujuk kepada “perubahan yang terarah bagi ciri-ciri utama sesuatu sistem pentadbiran” (Ahmad Atory Hussain, 1998). Hahn-Been Lee pula menekankan bahawa “…pembaharuan dilihat sebagai satu proses yang generik atau yang umum melangkau semua peringkat pentadbiran; ianya digarap sebagai satu keupayaan yang pokok yang “…pembaharuan dilihat sebagai satu proses yang generik atau yang umum melangkau semua peringkat pentadbiran; ianya digarap sebagai satu keupayaan yang pokok yang dikehendaki untuk pengenalpastian kreativiti ke dalam matlamat-matlamat pentadbiran”, (Ahmad Atory Hussain, 1998: 13)
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy