Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

253 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam PENDAHULUAN Pekerja di sektor awam atau perkhidmatan awam dikenali sebagai penjawat awam di mana mereka adalah merupakan kakitangan yang dilantik oleh sesuatu jabatan atau kementerian untuk melaksanakan tanggungjawab dan akauntabiliti mereka. Jumlah keseluruhan perjawatan perkhidmatan awam sehingga suku ketiga 2019 adalah sebanyak 1.7 juta dengan peratus pengisian sebanyak 91.26 peratus bersamaan dengan 1.57 juta orang merangkumi perkhidmatan awam persekutuan, badan berkanun persekutuan, perkhidmatan awam negeri, badan berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan. Daripada jumlah keseluruhan perjawatan sebanyak 1.7 juta tersebut, 62 peratus merupakan perjawatan di sektor kesihatan, pendidikan, tentera dan polis manakala 38 peratus lagi dari lain-lain sektor seperti pentadbiran, perkhidmatan sosial, kejuruteraan, kewangan dan ekonomi, sains, pengangkutan, bakat dan seni, kemahiran, perundangan/kehakiman dan sebagainya. Pentadbiran negara merupakan sistem yang melaksanakan pembangunan dan memberi kemudahan serta perkhidmatan kepada rakyat. Sistem pentadbiran dan pelaksanaan yang cekap dan berkesan merupakan satu sistem yang dapat menjalankan tanggungjawab dengan teratur, cepat dan ekonomik bagi mencapai matlamat kerajaan dalam memenuhi keperluan rakyat dan negara secara keseluruhan. Justeru itu, pembaharuan jentera pentadbiran kerajaan perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi membolehkan perkhidmatan awam dapat memberikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti dan relevan dengan perubahan semasa. Pembaharuan jentera pentadbiran negara merupakan usaha strategik yang dilaksanakan untuk mengadakan perubahan, pemodenan, pembaikan atau pembangunan yang membawa maksud peralihan daripada keadaan atau cara Konsistensi Perkhidmatan Awam (2019): 1.57 juta orang merangkumi perkhidmatan awam persekutuan, badan berkanun persekutuan, perkhidmatan awam negeri, badan berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy