Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
252 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Cabaran Dalam Menguruskan Pembaharuan Pentadbiran Awam Malaysia Mohd Asri bin Mohamed, M54 ABSTRAK Persoalan kajian adalah berkenaan status kedudukan atau senario semasa pentadbiran awam negara ini dan bentuk hala taju masa depan sistem pentadbiran awam supaya ianya kekal relevan, cekap dan berkesan. Limititasi kajian ini adalah berdasarkan kepada informasi yang diperoleh dan dijana daripada sumber laman sesawang sahaja. Perkhidmatan Awam adalah perkhidmatan kepada rakyat dan ia semestinya meletakkan kepuasan rakyat sebagai matlamat utama dalam setiap kayu ukur kecemerlangan perkhidmatan. Misi perkhidmatan awam tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk berbakti kepada rakyat dan negara serta memastikan mereka menikmati kepuasan semasa menerima perkhidmatan. Pelanggan datang dari segenap lapisan individu dalam masyarakat dan perkhidmatan awam wujud kerana wujudnya masyarakat yang memerlukan mereka untuk berkhidmat. Setiap hari penjawat awam perlu mendepani rakyat untuk memberikan perkhidmatan mengikut fungsi tugas masing-masing yang telah ditetapkan. Apapun permasalahan yang dihadapi oleh penjawat awam semasa memberikan perkhidmatan, layanan terbaik tetap harus menjadi keutamaan dan seharusnya menyegerakan perkhidmatan yang sepatutnya diberikan dalam tempoh masa yang munasabah dan tidak menunda perkhidmatan yang sepatutnya diberikan atau tidak mengabaikannya. Maklum balas daripada pelanggan adalah antara input penting untuk agensi kerajaan melaksanakan penambahbaikan kualiti perkhidmatan. Diharapkan semoga hasil kajiaan ini boleh dijadikan sebagai panduan atau pencerahan kepada agensi kerajaan berkaitan untuk memahami senario dan mengatur langkah merancang, menetap hala tuju dan membangunkan pelbagai program dan aktiviti yang dapat menghasilkan perubahan dari semasa ke semasa bagi pengukuhan kualiti perkhidmatan di negara ini dan menghasilkan impak positif kepada rakyat dan negara.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy