Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

247 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam adalah stabil dan sihat disokong oleh pemulihan ekonomi global dan dasar makro ekonomi yang menyokong pertumbuhan ekonomi dan mengujudkan peluang-peluang pekerjaan baru. Melaksanakan pelbagai program membantu pencari pekerjaan Kementerian Sumber Manusia (KSM), melalui Jabatan Tenaga Kerja (JTK) melaksanakan pelbagai program untuk membantu para pencari kerja bagi mendapatkan pekerjaan di negara ini. Antara program yang telah dilaksanakan ialah penganjuran Karnival Pekerjaan di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah di seluruh negara yang diadakan sepanjang tahun. Bagi tujuan tersebut, Jabatan Tenaga Kerja juga meneruskan kerjasama universiti awam (UA) dan institusi latihan kemahiran awam (ILKA) menganjurkan Karnival Pekerjaan tersebut di seluruh negara bagi memudahkan para bakal graduan, lepasan graduan dan belia untuk dipadankan dengan kekosongan jawatan yang ditawarkan. Kementerian Sumber Manusia telah bekerjasama dengan Kementerian Kewangan melalui agensi yang terlibat turut menganjurkan Program Job Fair @ UTC. Kementerian juga telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan Pusat Sehenti Perkhidmatan Pekerjaan Kebangsaan di semua UTC negeri. Pelbagai program yang bermanfaat dan berfaedah termasuk Program Penyesuaian Kerjaya (2PK) di mana beberapa modul yang relevan kepada bakal para pencari kerja dan graduan telah diperkenalkan seperti ujian personaliti, tips menghadiri temuduga, penulisan resume, pengurusan kewangan dan pembangunan kerjaya. Penempatan pencari kerja keseluruhan dari 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2018, seramai 168,677 orang pencari kerja yang terdiri daripada 47,073 orang siswazah dan 121,604 orang bukan siswazah. Bagi tahun 2019 pula, dari 1 Januari 2019 sehingga 31 Januari 2019, seramai 156 orang pencari kerja telah berjaya ditempatkan. Di samping itu graduan perlu memperlengkapkan diri dengan kompetensi-kompetensi yang diperlukan oleh pasaran kerja termasuk kemahiran-kemahiran lain seperti kepimpinan, komunikasi, kemampuan menyelesaikan masalah dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy