Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
246 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Inisiatif keenam adalah pendidikan fleksibel seperti kursus terbuka dalam talian secara besar-besaran (MOOCs) dan pentauliahan mikro ( micro- credential ). Pendidikan fleksibel diharap memudahkan lagi proses pembelajaran kerana pelajar tidak terikat kepada pengajian di dalam kelas, malah kredit pengajian melalui kursus MOOCs boleh dipindahkan ke dalam program akademik diikuti mereka. Pelajar juga boleh bekerja semasa mengikuti program terbabit. Micro-credential pula pensijilan kepada satu set pembelajaran, kursus, modul atau unit lebih kecil untuk memberi pelajar pengetahuan, kemahiran, nilai dan kompetensi dalam bidang pengajian lebih spesifik. Pelajar boleh mengumpul lencana digital bagi setiap modul atau kursus yang dilengkapkan bagi penganugerahan sijil digital. Inisiatif ketujuh adalah program Service Learning Malaysia Universiti for Society (SULAM) iaitu kaedah pembelajaran mengikut disiplin yang menghubungkan khidmat komuniti dengan hasil pembelajaran kursus. Bagi menyelesaikan permasalahan sebenar komuniti dan berteraskan kasih sayang, kebahagiaan serta saling menghormati. Program ini akan memperkasakan proses pembelajaran berasaskan pengalaman dan meningkatkan kualiti modal insan. Inisiatif kelapan, National Outcome Based Learning (NOBLe), satu usaha memperkukuh pelaksanaan Outcome Based Education (OBE). Ia juga menyokong lonjakan graduan holistik, bercirikan keusahawanan dan seimbang serta memperkasakan pengetahuan pensyarah dalam menggunakan NOBLe. Rancangan Malaysia Ke-11 Kerajaan melalui Rancangan Malaysia Ke-11 akan memberi fokus kepada peningkatan bagi meningkatkan industri berorientasikan eksport dan berasaskan komoditi seperti elektrik dan elektronik atau perlombongan akan mendapat manfaat daripada perkembangan positif ekonomi global sekali gus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Prospek pasaran pekerjaan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy