Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

248 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam sebagainya. Nilai tambah (value added) yang ada pada para pencari kerja adalah faktor yang penting dalam menentukan kebolehpasaran golongan ini dalam bidang pekerjaan dan secara tidak langsung akan dapat menangani isu pengangguran di kalangan mereka. Mempertingkatkan usaha kolaborasi industri dalam pendidikan dan latihan dalam pembangunan tenaga kerja untuk memenuhi keperluan industri kini dan akan datang. Usaha ke arah menawarkan latihan berkualiti tinggi dan menggalakkan pembangunan tenaga kerja melalui pembangunan kurikulum dan latihan Technical and Vocational Education Training (TVET) bagi memenuhi keperluan kemahiran industri sedang giat diusahakan. Penubuhan Jawatankuasa Industri dan Kemahiran menjadi platform rasmi bagi menambah latihan kemahiran, dan memperbaiki padanan pekerja dengan pekerjaan. Langkah-langkah intervensi seperti mengenal pasti kemahiran yang diperlukan industri, serta mengarusperdana pendidikan serta Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui pembangunan National Occupational Skills Standard (NOSS) selaras industri 4.0 agar kadar penyertaan graduan dan belia ke dalam pasaran perburuhan. PENUTUP Program-program meningkatkan kebolehpasaran graduan seharusnya bertindak seperti serampang dua mata. Selain menyediakan platform meningkat kemahiran graduan, program ini seharusnya mengumpul data-data berkaitan secara berpusat dan cekap untuk dijadikan panduan dalam menangani masalah yang sama pada masa akan datang. Dapatan dalam laporan audit yang dikeluarkan tentang program meningkatkan kebolehpasaran graduan seperti SL1M misalnya perlu dijadikan panduan kepada program seumpama pada masa yang akan datang. Bagi masyarakat awam, kita mempunyai tanggungjawab bersama-sama untuk menyokong anak-anak muda didalam mencari peluang pekerjaan mereka.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy