Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
245 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam sebenar industri sebagai tugasan. Pada 2023, disasarkan sekurang- kurangnya 30 peratus tenaga pengajar di universiti awam ada pengalaman industri. Sasaran itu bagi semua universiti awam kecuali bagi Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) yang akan mempunyai 50 peratus tenaga pengajar dari industri. Inisiatif ketiga memperkenalkan program akademik 2u2i, program pembelajaran berasaskan pekerjaan yang memberi pendedahan industri kepada pelajar sepanjang pengajian mereka. 2u2i memberi lebih pendedahan dan pengalaman kepada graduan menerusi 33 program ditawarkan, menerusi pendekatan Work Based Learning bagi memberi pengalaman industri dari awal pengajian di universiti. Tempoh minimum latihan industri pelajar juga dilanjutkan kepada enam bulan bagi setiap program, dilihat sebagai langkah positif untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan. Inisiatif keempat, MTUN akan menawarkan sembilan program Sarjana Muda Teknologi bermula September ini, dicadang menggunakan acuan BTech Craftmanship dengan komposisi lima elemen utama dan dibentuk berasaskan kemahiran, kehendak serta keperluan semasa industri. Elemen utama adalah kecekapan dalam kemahiran berkaitan; berpengetahuan dalam keusahawanan, ekonomi, undang-undang dan peraturan; kesedaran kepada kualiti dan personaliti serta kebolehan melatih bakat muda. Inisiatif kelima mentransformasi program akademik agar selaras perkembangan dibawa Revolusi Perindustrian 4.0 dan dapat membentuk graduan tersedia masa hadapan. Antaranya, membangunkan kurikulum dan kaedah pembelajaran sejajar kehendak industri yang boleh dibahagi kepada tiga elemen, iaitu kurikulum mudah lentur dan organik, penyampaian pembelajaran dan pengajaran transformatif serta pentaksiran alternatif.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy