Teras Strategik Perkhidmatan Awam dan Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam 2026-2030
PELAN STRATEGIK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 2026-2030 [ 3 ] Justeru, Pelan Strategik JPA (PSJPA 2026–2030) dirangka sebagai dokumen untuk memperkukuh peranan ini. Ia menzahirkan penjajaran strategik JPA dengan aspirasi nasional di bawah kerangka dasar dan nilai seperti berikut: Hala tuju tatakelola, pentadbiran dan pembangunan negara yang menekankan pemerkasaan ekonomi dan budaya berteraskan nilai, etika atau akhlak; Menstruktur semula ekonomi Malaysia dengan meningkatkan pertumbuhan yang mampan, memperkasa rakyat melalui upah yang lebih baik, dan memastikan pengagihan kekayaan yang adil dan inklusif; Memfokus kepada peningkatan kesejahteraan rakyat, pembangunan negara menerusi pemacuan ekonomi bernilai tinggi termasuk ekonomi hijau dan digital serta pemantapan tadbir urus; Mengutamakan penghayatan nilai dan integriti, modal insan berkualiti, struktur organisasi yang optimum, sistem penyampaian perkhidmatan yang tangkas dan pengukuhan sinergi awam–swasta; dan Menekankan pengamalan nilai- nilai peribadi pegawai awam berdasarkan Hijrah Tatakelola, Empati Rakyat, Minda Pekin, Apresiasi Inovasi dan Telus Tadbiran dalam mengukuhkan budaya kerja dan tadbir urus organisasi, meningkatkan keprihatinan terhadap rakyat, mengamalkan pemikiran tersusun, menggalakkan inovasi dan memastikan integriti serta ketelusan dalam penyampaian perkhidmatan. Selain itu, pembangunan pelan strategik ini juga bersandarkan kepada prinsip tiga peranan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) iaitu sebagai Institusi KPPA (agensi pusat pemegang dasar sumber manusia perkhidmatan awam), Ketua Perkhidmatan (dasar, nilai, prestasi dan pengurusan bakat pegawai awam) dan Ketua Jabatan (pengurus tadbir JPA). Oleh itu, dokumen PSJPA 2026– 2030 ini menjadi rujukan kepada semua Kementerian, Jabatan dan Agensi Sektor Awam dalam merangka pelan strategik masing- masing untuk mengukuhkan aspek dalaman sesebuah organisasi, khususnya berkaitan pembangunan dan pengurusan sumber manusia (PSM), tadbir urus organisasi dan penyampaian perkhidmatan. Hal ini bagi memastikan seluruh agensi sektor awam bergerak seiring ke arah pencapaian agenda reformasi perkhidmatan awam. Malaysia MADANI H.E.M.A.T. Ekonomi MADANI Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA)
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy