Teras Strategik Perkhidmatan Awam dan Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam 2026-2030
PELAN STRATEGIK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 2026-2030 [ 4 ] Kerangka Pembaharuan Perkhidmatan Awam– MyPPA Meskipun pembangunan PSJPA 2026– 2030 bermula dari awal tahun 2025, namun pembangunan Teras Strategik Perkhidmatan Awam (TSPA) telah lebih dahulu dilaksanakan sejak tahun 2020. Pada ketika itu, JPA mengambil inisiatif untuk membangunkan Kerangka Pembaharuan Perkhidmatan Awam (MyPPA) sebagai kesinambungan daripada usaha-usaha pembaharuan perkhidmatan awam ( public service reform ), dan menambah baik Kerangka Hala Tuju Strategik Pengurusan Sumber Manusia Perkhidmatan Awam yang telah dikeluarkan pada tahun 2011. Pada awalnya, MyPPA bertujuan mewujudkan satu rangka tindakan ( blueprint ) sebagai asas kepada perancangan strategik sumber manusia sektor awam (PSMSA). Rangka tindakan tersebut telah diperluaskan untuk mencakupi aspek penyampaian perkhidmatan agar sektor awam sentiasa berada pada tahap yang terbaik dalam memenuhi aspirasi rakyat selaras dengan penekanan di bawah Bab 13, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12). MyPPA dibangunkan berasaskan perspektif makro dan pengurusan organisasi yang dikawal selia oleh agensi pusat. Pembangunannya melalui proses strategik dan pendekatan penyelesaian masalah dalam bentuk analisis dalaman dan luaran menggunakan kaedah Problem Tree Analysis dan Logical Framework . Ia merupakan kerangka generik berdasarkan lima dimensi pembaharuan yang dikenal pasti dapat memberi nilai tambah dalam pembangunan pelan strategik organisasi sektor awam (PSOSA) dengan objektif untuk menghasilkan perkhidmatan awam berprestasi tinggi yang berpaksikan rakyat. Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-20, 15 Ogos 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy