Teras Strategik Perkhidmatan Awam dan Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam 2026-2030
PELAN STRATEGIK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 2026-2030 [ 57 ] Hala tuju untuk menjadi Perkhidmatan Awam Malaysia yang berintegriti dengan mengutamakan ketelusan , akauntabiliti dan etika kerja yang tinggi bagi memberikan manfaat kepada rakyat, sekali gus meningkatkan keyakinan dan kepercayaan awam terhadap institusi Kerajaan . Perkhidmatan awam yang cekap, berkesan dan tangkas bertindak akan menghasilkan penyampaian perkhidmatan yang responsif terhadap perubahan semasa dan sentiasa mengutamakan keperluan rakyat bagi memastikan kesejahteraan dan kemakmuran negara. Merupakan iltizam JPA , sebagai agensi pusat, untuk memimpin usaha-usaha memperkasa dan menambah baik penyampaian perkhidmatan awam ke arah yang lebih cekap, mudah, pantas, berkesan dan berkualiti tinggi. JPA menerajui inisiatif pengukuhan pembangunan dan pengurusan sumber manusia serta penambahbaikan penyampaian perkhidmatan bagi meningkatkan produktiviti yang didukung oleh amalan tadbir urus yang baik ( good governance ). Visi Perkhidmatan Awam Misi JPA
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy