Teras Strategik Perkhidmatan Awam dan Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam 2026-2030
PELAN STRATEGIK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 2026-2030 [ 56 ] Bab 3 Kerangka PSJPA 2026–2030 adalah satu visualisasi komprehensif yang menunjukkan pertautan strategik antara setiap komponen. Ia bermula dengan hala tuju pelan strategik yang dijajarkan kepada aspirasi nasional – Agenda Ekonomi MADANI, Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), dan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA). Aspirasi ini diterjemahkan menerusi Visi – “Perkhidmatan Awam Berintegriti, Tangkas dan Berpaksikan Rakyat” yang didasari oleh nilai teras Malaysia MADANI dan ditunjangi ( pillars ) dengan lima Teras Strategik Sektor Awam (TSPA). Nilai-nilai pegawai awam pula menjadi asas (sebagai tiang dinding yang memagari) kepada budaya kerja perkhidmatan awam dalam melaksana dan menjayakan strategi dan program, sama ada bersifat makro atau mikro, di bawah setiap TSPA. Strategi dan program makro/ mikro tersebut kemudiannya, dipadankan dalam Pelan Tindakan JPA. Tuntasnya, kerangka ini menunjukkan bahawa PSJPA 2026–2030 bukan sekadar pelan untuk Jabatan, tetapi dirujuk juga sebagai pelan strategik yang holistik untuk perkhidmatan awam selaras dengan Misi JPA – “Menerajui Perkhidmatan Awam Berprestasi Tinggi”.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy