Teras Strategik Perkhidmatan Awam dan Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam 2026-2030
PELAN STRATEGIK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 2026-2030 [ 58 ] 3 PRINSIP 1 2 3 MEMUDAHKAN (FACILITATE) Memudahkan urusan pemegang taruh dan pelanggan MENYESUAIKAN (ACCOMMODATE) Menyesuaikan cara kerja selari dengan agenda Kerajaan MENYEGERAKAN (ACCELERATE) Menyegerakan pelaksanaan segala keputusan Kerajaan H.E.M.A.T. Nilai-Nilai Pegawai Awam H.E.M.A.T. adalah singkatan kepada lima nilai-nilai individu pegawai awam – Hijrah Tatakelola, Empati Rakyat, Minda Pekin, Apresiasi Inovasi, dan Telus Tadbiran. Nilai-nilai ini berfungsi sebagai panduan utama bagi pegawai awam untuk menjalankan tugas dengan cemerlang, berintegriti dan berpaksikan rakyat. H.E.M.A.T. juga berasaskan tiga prinsip utama penyampaian perkhidmatan: Memudahkan, Menyesuaikan dan Menyegerakan. Secara tafsiran, H.E.M.A.T. mencerminkan kecemerlangan dalam pengurusan dan kecekapan pelaksanaan tugas. Ia melambangkan sikap pegawai awam dalam mengurus dana dan aset awam dengan penuh tanggungjawab – berbelanja secara berhemah, mengelakkan pembaziran, dan memastikan setiap sen yang dibelanjakan memberikan pulangan maksimum kepada rakyat.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy