Teras Strategik Perkhidmatan Awam dan Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam 2026-2030

PELAN STRATEGIK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 2026-2030 [ 36 ] Justeru, pemakaian dan pengadaptasian TSPA ini perlu dirujuk bersama dengan Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU Bilangan 2 Tahun 2021 bertarikh 17 September 2021 bertajuk “Panduan Pembangunan Pelan Strategik Organisasi Sektor Awam” (PSOSA) sebagai rujukan utama organisasi sektor awam dalam membangunkan perancangan strategik. Selain itu, pemakaian TSPA ini juga dirujuk bersama dengan arahan YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara melalui surat bertarikh 8 November 2021 bertajuk PSOSA dan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) di Agensi Awam yang mewajibkan pelaksanaan kedua-dua pelan tersebut di peringkat Kementerian dan Agensi Sektor Awam. Dengan pengadaptasian TSPA ini, tiada lagi keperluan untuk Kementerian/ Jabatan/ Agensi dan organisasi awam membangunkan Pelan Strategik Pengurusan Sumber Manusia secara berasingan memandangkan ia sudah terangkum dalam pelan strategik setiap organisasi. Bagi mengadaptasi kelima- lima TSPA dalam pelan strategik, Kementerian/ Jabatan/ Agensi boleh menggabungkannya sebagai Bidang Keberhasilan Utama (BKU) atau Sasaran Kerja Utama atau objektif strategik berkaitan PSM dan tadbir urus organisasi masing-masing. BKU, Sasaran Kerja Utama atau objektif strategik faktor dalaman ini penting bagi menyokong pencapaian penyampaian perkhidmatan bagi aktiviti-aktiviti fungsi teras sesebuah organisasi awam.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy