Teras Strategik Perkhidmatan Awam dan Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam 2026-2030

PELAN STRATEGIK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 2026-2030 [ 35 ] Pengadaptasian TSPA Dalam PSOSA Secara kolektif, apabila keseluruhan organisasi awam mengadaptasi kelima- lima TSPA dalam pelan strategik masing-masing, ia akan menyumbang ke arah pencapaian visi perkhidmatan awam dan pencapaian Sasaran Keberhasilan Utama (SKU) setiap TSPA. TSPA ini juga bertujuan untuk memudahkan setiap organisasi awam untuk merangka pelan tindakan yang menyentuh aspek dimensi dalaman pengurusan Sumber Manusia (PSM) dan pentadbiran organisasi sebagai pelengkap kepada dimensi-dimensi fungsi teras penyampaian perkhidmatan organisasi masing- masing. Pemakaian dan pengadaptasian TSPA ini juga tidak mengikat kerana ia lebih kepada dimensi generik yang dijadikan panduan atau senarai semak ( checklist ) untuk disesuaikan dengan aktiviti-aktiviti fungsi teras seperti yang digambarkan dalam rajah di bawah:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy