Teras Strategik Perkhidmatan Awam dan Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam 2026-2030

PELAN STRATEGIK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 2026-2030 [ 37 ] Perkara ini disokong dengan pengukuhan inovasi yang akhirnya menyumbang kepada penyampaian perkhidmatan yang cekap, berkesan, berkualiti dan tangkas untuk memberi manfaat kepada rakyat (TSPA 5). Sebarang perubahan objektif strategik organisasi yang mungkin terhasil daripada perubahan semasa atau keutamaan oleh pegang taruh, akan membawa semula kepada kajian semula dimensi struktur organisasi dan penggunaan sumber secara optimum (TSPA 1). Ekosistem ini digambarkan seperti dalam rajah di bawah: TSPA merupakan dimensi generik yang bukan sahaja berkaitan faktor dalaman sesebuah organisasi awam, malah ia membentuk satu kitaran ekosistem penyampaian perkhidmatan awam. Ekosistem ini bermula dengan dimensi struktur organisasi dan penggunaan sumber yang optimum tanpa pertindihan fungsi (TSPA 1) yang disokong dengan pengisian perjawatan oleh modal insan yang kompeten (TSPA 2). Bakat berpotensi dikenal pasti dan dibangunkan bagi melahirkan kepimpinan yang dapat menerajui perubahan dan membudaya nilai organisasi (TSPA 3). Perkhidmatan awam dikukuhkan dengan pemantapan pematuhan peraturan tadbir urus dan pembudayaan nilai integriti (TSPA 4). Naratif TSPA Perkhidmatan Awam Berintegriti, Tangkas dan Berpaksikan Rakyat TSPA 1: Penggunaan Sumber Secara Optimum TSPA 2: Modal Insan Berkeupayaan Tinggi TSPA 3: Kepimpinan Membudaya Nilai Menggerak Perubahan TSPA 5: Penyampaian Perkhidmatan Pragmatik TSPA 4: Tatakelola Baik Sektor Awam Ekosistem Penyampaian Perkhidmatan Berdasarkan Kitaran TSPA (Dimensi Generik PSM, Tadbir Urus Organisasi dan Penyampaian Perkhidmatan)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy