Teras Strategik Perkhidmatan Awam dan Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam 2026-2030

PELAN STRATEGIK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 2026-2030 [ 30 ] Sehubungan dengan itu, PSJPA 2026–2030 yang memberi penekanan kepada TSPA berfungsi sebagai mekanisme perancangan strategik sumber manusia sektor awam (PSMSA) bagi memastikan perkhidmatan awam menjadi pemangkin utama dalam merealisasikan dasar-dasar dan aspirasi nasional, khususnya dalam menterjemahkan RMK-13 kepada pelan tindakan yang boleh diukur dan dilaksanakan, terutamanya di peringkat JPA. Hubungan antara PSJPA dan ARPA pula adalah bersifat saling melengkapi, yang mana setiap strategi dijajarkan secara langsung melalui pemetaan TKR ARPA dengan Teras Strategik Perkhidmatan Awam (TSPA) dalam PSJPA. Struktur ini memastikan hala tuju pelaksanaan reformasi perkhidmatan awam dilaksanakan secara tersusun dengan mengelakkan pertindihan fungsi supaya setiap inisiatif di peringkat Jabatan menyumbang terus kepada pencapaian matlamat nasional yang lebih besar.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy