Teras Strategik Perkhidmatan Awam dan Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam 2026-2030
PELAN STRATEGIK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 2026-2030 [ 31 ] Pembudayaan Nilai Dalam Perkhidmatan Awam Selain itu, TSPA juga mempunyai matlamat strategik yang menjadi nadi penghubung antara nilai teras Malaysia MADANI dan ARPA dengan pengamalan nilai-nilai Pegawai Awam – H.E.M.A.T. dan semangat M.A.L.A.Y.S.I.A. Hubung kait antara nilai pegawai awam dan aspirasi nasional akan menghasilkan Perkhidmatan Awam Berintegriti, Tangkas dan Berpaksikan Rakyat . Perkaitan antara TSPA, nilai pegawai awam dan aspirasi nasional ini adalah nukleus bagi perkhidmatan awam, seperti yang digambarkan dalam Kanvas berikut: Kejayaan pelaksanaan PSJPA 2026– 2030 bukan sahaja bergantung pada perancangan strategik, tetapi didasari oleh penghayatan nilai dan budaya kerja unggul yang konsisten di semua peringkat perkhidmatan awam. Ini merangkumi komitmen kepimpinan untuk menjadi teladan dalam mengamalkan nilai, kebertanggungjawaban individu terhadap kualiti tugas yang dilaksanakan, serta persekitaran organisasi yang menyokong integriti, profesionalisme, ketelusan dan semangat berkhidmat kepada rakyat. Melalui pengamalan berterusan nilai- nilai pegawai awam H.E.M.A.T. dan semangat M.A.L.A.Y.S.I.A. (penerangan lanjut dalam Bab 3) dalam proses membuat keputusan, pengurusan sumber, penyampaian perkhidmatan dan interaksi seharian, PSJPA 2026– 2030 dapat diterjemah daripada dokumen dasar kepada perubahan tingkah laku, budaya dan hasil yang nyata. Penerapan nilai dan budaya kerja unggul ini seterusnya menjadi pemangkin kepada pelaksanaan TSPA sebagai dimensi generik PSMSA, tadbir urus organisasi dan penyampaian perkhidmatan yang menghubungkan aspirasi Malaysia MADANI dengan realiti operasi perkhidmatan awam yang lebih cekap, berakauntabiliti dan berorientasikan kesejahteraan rakyat.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy