Teras Strategik Perkhidmatan Awam dan Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam 2026-2030

PELAN STRATEGIK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 2026-2030 [ 29 ] Penjajaran PSJPA dan Aspirasi Nasional Selain itu, PSJPA ini juga bertindak sebagai wadah operasi utama yang menterjemahkan dasar makro negara kepada tindakan mikro, khususnya dalam merealisasikan aspirasi Bab 4 RMK-13 berkaitan agenda reformasi perkhidmatan awam. Dalam hal ini, PSJPA 2026–2030 menggariskan inisiatif untuk mengurangkan beban kawal selia dan memperkukuh integriti, dengan sasaran spesifik untuk melonjakkan negara ke kedudukan 20 teratas Sub-Indeks Kecekapan Kerajaan dan kedudukan 12 teratas dalam Indeks IMD World Competitiveness Ranking (WCR) serta mencapai Skor 62 atau kedudukan 25 teratas dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) menjelang tahun 2030. Selain aspek tatakelola, PSJPA juga menyokong aspirasi ekonomi dan sosial (Bab 2 dan 3, RMK-13) secara holistik. Tumpuan diberikan kepada pembangunan modal insan sedia masa hadapan ( future-ready workforce ) melalui peningkatan kemahiran digital dan kepimpinan yang berupaya memudah cara pertumbuhan ekonomi. Manakala bagi menyahut seruan berkaitan kesejahteraan rakyat (Bab 5, RMK-13), JPA menumpukan kepada reformasi pengurusan sumber manusia termasuk sistem saraan dan skim persaraan, bertujuan menjaga kebajikan pegawai awam sambil memastikan kemampanan fiskal negara kekal utuh. Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam (PSJPA) 2026–2030 dirangka sebagai dokumen induk yang menterjemahkan aspirasi nasional kepada tindakan strategik yang holistik. PSJPA ini dijajarkan secara langsung dengan dasar utama negara iaitu Malaysia MADANI , Ekonomi MADANI , RMK-13 dan ARPA bagi memastikan perkhidmatan awam kekal relevan sebagai tulang belakang kemajuan negara. Bagi menyokong pencapaian Ekonomi MADANI, PSJPA 2026–2030 bertindak sebagai pemudah cara strategik yang memfokuskan kepada dua dimensi kritikal. Dalam dimensi ‘Menaikkan Siling’ , ia memfokuskan kepada reformasi struktur dan tatakelola digital yang tangkas bagi memudah cara urusan pelaburan. Langkah ini penting untuk mengurangkan karenah birokrasi dan meningkatkan keyakinan pelabur, sekali gus memacu daya saing ekonomi negara. Manakala bagi dimensi ‘Menaikkan Lantai’ , tumpuan diberikan kepada penyampaian perkhidmatan yang inklusif dan berpaksikan nilai empati demi menjamin keadilan sosial. Melalui pemerkasaan kompetensi dan kebajikan pegawai awam, JPA memastikan setiap inisiatif kerajaan sampai kepada rakyat secara cekap dan bermaruah.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy