Teras Strategik Perkhidmatan Awam dan Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam 2026-2030

PELAN STRATEGIK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 2026-2030 [ 28 ] Antara inisiatif yang diketengahkan di bawah ARPA ialah pelaksanaan Akta Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan, semakan semula sistem dan prosedur kerja, penyelarasan kerjasama awam-swasta dalam projek nasional, dan pemupukan nilai patriotisme dalam kalangan pegawai awam. ARPA telah diperkenalkan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN), pada 10 September 2024 sebagai kerangka strategik untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan. ARPA digerakkan melalui lima Teras Keberhasilan Reformasi (TKR) yang disokong oleh 20 Strategi Keberhasilan Reformasi (SKR), dan mengamalkan pendekatan bersepadu – Pendekatan Menyeluruh Kerajaan ( Whole-of- Government – WoG) dan Pendekatan Menyeluruh Negara ( Whole-of-Nation – WoN ) sebagai asas pelaksanaan. Malaysia MADANI Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) Sumber: Portal Rasmi Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi Sesi “Reformasi Satu Kemestian” bersama Ketua Setiausaha Negara pada 12 Ogos 2025 di PUSPANITAPURI, Putrajaya

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy