Teras Strategik Perkhidmatan Awam dan Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam 2026-2030
PELAN STRATEGIK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 2026-2030 [ 27 ] Ringkasan Inisiatif dan Program RMK-13 berkaitan Perkhidmatan Awam dan peranan JPA adalah seperti dalam LAMPIRAN 2 . Secara ringkasnya, RMK-13 disokong dengan empat Tonggak Utama seperti berikut: i. Meningkatkan Kerencaman Ekonomi; ii. Meningkatkan Mobiliti Sosial; iii. Mempercepat Pelaksanaan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam; dan iv. Mempertingkatkan Kesejahteraan Rakyat dan Kelestarian Alam Sekitar. Menerusi empat Tonggak Utama ini, RMK-13 mengandungi pelbagai inisiatif dan program yang dijajarkan dengan 17 SDG, dan sebahagiannya terkait dengan perkhidmatan awam dan peranan JPA khususnya dalam aspek memperkasa modal insan dan kesejahteraan sosial serta memperkukuh tadbir urus dan keupayaan institusi.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy