Teras Strategik Perkhidmatan Awam dan Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam 2026-2030

PELAN STRATEGIK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 2026-2030 [ 26 ] Di bawah tema – ‘Melakar Semula Pembangunan’ – RMK-13 secara dasarnya menekankan keperluan menstruktur semula pembangunan sosioekonomi negara melalui peralihan menyeluruh kepada pendigitalan, teknologi memuncul (terutamanya kecerdasan buatan – AI), ekonomi bernilai tinggi dan pembangunan sistem sosial berlandaskan nilai teras MADANI. RMK-13 juga meletakkan aspirasi Malaysia pada tahun 2030 untuk menjadi sebuah negara AI yang terangkum dan mampan serta berperanan menjadi hub pengeluar teknologi digital serantau. RMK-13 merupakan pelan strategik peringkat nasional yang menetapkan hala tuju pembangunan negara bagi tempoh 2026–2030 dengan menterjemahkan agenda Ekonomi MADANI kepada tindakan, projek, dan sasaran yang berimpak tinggi. Salah satu komponen penting dalam RMK-13 adalah pengintegrasian dengan Matlamat Pembangunan Mapan – S ustainable Development Goals (SDGs) 2030 di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pengintegrasian ini menunjukkan komitmen padu Kerajaan Malaysia untuk mencapai kesemua 17 SDG, dan RMK-13 berfungsi sebagai mekanisme untuk menterjemahkan matlamat global ini kepada tindakan dan program di peringkat nasional. Malaysia MADANI R ncangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) Sumber: Dokumen RMK-13

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy