Teras Strategik Perkhidmatan Awam dan Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam 2026-2030
PELAN STRATEGIK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 2026-2030 [ 25 ] Ekonomi MADANI Manakala aspek ‘Menaikkan Lantai’ pula menekankan aspek keterangkuman dan pengagihan kekayaan secara saksama. Ia melibatkan langkah-langkah untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat, memastikan jaminan pendapatan, menyediakan perlindungan sosial yang komprehensif, dan menambah baik akses kepada pendidikan dan kesihatan. Usaha ini bertujuan untuk mengurangkan jurang ekonomi antara wilayah, memastikan tiada golongan yang tercicir, dan meningkatkan taraf hidup kumpulan B40 dan M40. Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat telah diperkenalkan secara rasmi pada Julai 2023. Ia adalah kerangka dasar ekonomi negara dengan objektif untuk Mengangkat Semula Darjat Rakyat dan Menjadi Peneraju Ekonomi Asia . Agenda ini digerakkan melalui tujuh teras utama yang memfokuskan kepada peningkatan pertumbuhan ekonomi, penyusunan semula struktur ekonomi, dan pengagihan kekayaan yang adil, dengan dua tonggak utama – ‘Menaikkan Siling’ dan ‘Menaikkan Lantai’ . Aspek ‘Menaikkan Siling’ berfokus kepada usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara ke tahap yang lebih tinggi dan mampan. Ini termasuk menarik pelaburan berkualiti tinggi, memperkukuh daya saing industri, dan memupuk inovasi teknologi yang didorong oleh bakat tempatan. Matlamatnya adalah untuk memastikan Malaysia berdaya saing di peringkat global ke arah meningkatkan nilai ekonomi negara secara keseluruhan. Sumber: https://www.pmo.gov.my/ms/membangun-malaysia-madani-2/ekonomi-madani Perdana Menteri menyempurnakan pelepasan 16 lori Jualan Rahmah Bergerak Peringkat Kebangsaan #KedaiCariRakyat di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy