Teras Strategik Perkhidmatan Awam dan Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam 2026-2030
PELAN STRATEGIK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 2026-2030 [ 24 ] Pengenalan Bab 1 Kesemua dasar yang dibangunkan menuntut perkhidmatan awam menterjemahkannya dalam bentuk inisiatif, program dan aktiviti ke arah meningkatkan keberkesanan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Kemampanan dan Kesejahteraan memberi penekanan kepada pembangunan dasar yang stabil dari segi fiskal dan memastikan agenda pembangunan sosial dilaksanakan secara adil dengan mementingkan kelestarian alam sekitar untuk generasi akan datang, sekali gus meningkatkan kualiti hidup rakyat; Daya Cipta menggalakkan keperluan berinovasi, meneroka penyelesaian kreatif, penggunaan teknologi baharu dan penambahbaikan proses kerja bagi mengatasi karenah birokrasi; Keyakinan dan Nilai Hormat mengutamakan prinsip ketelusan, akauntabiliti, dan kebertanggungjawaban, sekali gus mengukuhkan kepercayaan awam terhadap institusi Kerajaan; dan Ihsan mendorong budaya empati, memastikan penyampaian perkhidmatan sentiasa berpaksikan keperluan rakyat, dan setiap dasar yang dirangka benar-benar membawa manfaat dan kemakmuran kepada semua lapisan masyarakat. Kerajaan telah merangka pelbagai dasar di peringkat nasional bagi menentukan hala tuju negara dalam mendepani cabaran daripada sudut pembangunan, kerencaman ekonomi dan sistem penyampaian perkhidmatan. Malaysia MADANI merupakan suatu kerangka dasar dan falsafah pembangunan negara utama berfokuskan ikhtiar reformasi tatakelola dan pentadbiran yang mengutamakan pendekatan manusiawi, didorong oleh tadbir urus yang baik, telus, dan musyawarah. Kerangka ini melambangkan visi bersepadu yang berteraskan nilai teras – ke M ampanan, kesej A hteraan, D aya cipta, horm A t, keyaki N an, dan I hsan – bertujuan membina negara bangsa yang maju, makmur, dan beretika. Nilai teras MADANI ini menjadi prinsip asas yang mendasari PSJPA 2026–2030. Dalam konteks perkhidmatan awam, Malaysia MADANI menterjemahkan keperluan untuk mentransformasi budaya kerja daripada rutin kepada responsif dan berintegriti berdasarkan enam nilai teras seperti berikut: Malaysia MADANI
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy