Teras Strategik Perkhidmatan Awam dan Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam 2026-2030
PELAN STRATEGIK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 2026-2030 [ 19 ] Peranan JPA JPA memainkan peranan yang berdimensi luas, mencakupi spektrum makro dan mikro, yang diintegrasikan dalam lima Teras Strategik Perkhidmatan Awam (TSPA) di bawah PSJPA 2026–2030. Berdasarkan punca kuasa perundangan, peranan utama JPA adalah seperti berikut: Merangka, menguatkuasakan, menilai dan menambah baik dasar- dasar penting pengurusan sumber manusia ke arah penggembelengan sumber secara optimum, tatakelola baik sektor awam, serta kesejahteraan pegawai awam dan rakyat; Menentukan keperluan perjawatan, rasionalisasi fungsi, dan penstrukturan organisasi bagi memastikan perkhidmatan awam kekal efisien dan bersedia untuk masa hadapan ( future-ready ); Merancang pembangunan bakat, kompetensi, dan kepimpinan merentas sektor awam, yang merupakan inti pati kepada modal insan berkeupayaan tinggi dan kepimpinan yang membudaya nilai dan menggerak perubahan organisasi; dan Memacu agenda reformasi atau pembaharuan perkhidmatan awam menerusi inovasi termasuklah pendigitalan serta pengurangan proses kerja dan beban kawal selia bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan yang berorientasikan rakyat. Pemilik dasar strategik sumber manusia Peneraju pengurusan perjawatan dan organisasi Pengurus modal insan Agen pembaharuan 11 th Seminar Alumni EDP COTI/NHI 2025: Enhancing Public Sector Capabilities for Sustainable Innovation in the Artificial Intelligence (AI) Transformation Era , 11-13 Disember 2025 di Kompleks F, Putrajaya Perhimpunan Bulanan JPA Bulan Disember, 17 Disember 2025 di Auditorium, Blok C1, Kompleks C, Putrajaya Program Jom Mengoca bersama warga JPA dan warga Kg. Seri Menanti, 13 Disember 2025 di Perkampungan Budaya Terachi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy