Teras Strategik Perkhidmatan Awam dan Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam 2026-2030

PELAN STRATEGIK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 2026-2030 [ 20 ] Fungsi dan Peranan Utama JPA DASAR SUMBER MANUSIA Merancang, menyelaras dan menggubal dasar pengurusan dan pembangunan sumber manusia sektor awam PEMBANGUNAN KOMPETENSI MODAL INSAN Merancang, menggubal dan melaksana dasar pembangunan kompetensi modal insan sektor awam termasuk program penajaan PERJAWATAN DAN STRUKTUR ORGANISASI Menggubal dasar dan memberi khidmat berhubung skim perkhidmatan, perjawatan dan struktur organisasi agar cekap dan berkesan PENGURUSAN DAN FAEDAH PERSARAAN Menggubal, melaksana, memantau dan menguatkuasakan undang-undang dan dasar faedah persaraan serta faedah terbitan KEMUDAHAN DAN SARAAN Menggubal, melaksana dan memantau pengurusan sistem saraan kerajaan (gaji, elaun dan kemudahan sektor awam) dan pengurusan hubungan majikan- pekerja PERKHIDMATAN DAN LALUAN KERJAYA Menggubal dan melaksanakan dasar perkhidmatan termasuk pengurusan prestasi, penilaian kompetensi, tatatertib, kenaikan pangkat dan laluan kerjaya yang strategik TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN DATA SUMBER MANUSIA Mengurus pembangunan aplikasi, teknologi maklumat, kemudahan infrastruktur, pengurusan perubahan dan data sumber manusia sektor awam PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN Merancang, merencana dan menyelaras pelaksanaan program penambahbaikan penyampaian perkhidmatan berdasarkan Prinsip ILTIZAM Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan PERKHIDMATAN PSIKOLOGI Merancang, membangun, melaksana dan mengawal selia dasar, peraturan dan program berkaitan perkhidmatan psikologi bagi memacu kesejahteraan sumber manusia sektor awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy